BAB Pengajian Tinggi Malaysia). Oleh itu, bidang keusahawanan

BAB 1

 

PENGENALAN

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

1.0       Pendahuluan

 

Kata terbitan daripada perkataan usahawan ialah
keusahawanan. Menurut Kamus Dewan (2014), keusahawanan ini lahir daripada
perkataan usaha yang memberi maksud ikhtiar, daya upaya dan lain-lain perkara
untuk sesuatu pekerjaan dilaksanakan. Dari sudut ahli ekonomi, usahawan
merupakan individu yang melakukan perubahan, pembaharuan serta inovasi dengan
menyatukan kesemua faktor buruh, material dan faktor lain bagi menghasilkan
sesuatu yang lebih bernilai. Tidak ketinggalan juga dari sudut ahli psikologi,
usahawan merupakan individu yang dipengaruhi oleh kuasa tertentu seperti
keperluan terhadap sesuatu bagi mengkaji atau mengelakkan daripada kongkongan
orang lain.  Bagi perspektif peniaga,
usahawan merupakan pesaing atau suatu ancaman tetapi boleh juga sebagai rakan
kongsi, pembekal mahupun pelanggan dan mungkin juga individu yang mencari
alternatif baru untuk menggunakan sumber dengan secara efisien serta membuka
lebih banyak peluang pekerjaan. (Mohd Nasrul Hakim, 2015).

Bidang keusahawanan sememangnya sudah
lama wujud sebagai salah satu pilihan kerjaya. Khususnya pada awal kedatangan
islam sudah terbukti bahawa bidang keusahawan adalah kerjaya utama bagi umat
Islam. Begitu juga pada masa kini adanya Fakulti Pengurusan Ekonomi di
pusat-pusat pengajian yang menjadikan subjek keusahawanan sebagai wajib bagi
setiap mahasiswa. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
terdapat 10 lonjakan yang diketengahkan dan lonjakan yang pertama adalah
melahirkan graduan holistik berciri keusahawanan dan seimbang.

Sejak kecil lagi kita biasa mendengar
nasihat ibu bapa kita ‘Belajar pandai-pandai masuk universiti, dapat pekerjaan
yang baik, dapat gaji bayar hutang dan lebih simpan’. Menurut Nor Fadila Mohd
Amin & Dzufi Iszura Ispawi (2011), beliau mengatakan bahawa pekerjaan yang
baik tersebut adalah kerja kerajaan ataupun kerja di bawah syarikat yang besar
dan ternama yang menawarkan gajji yang besar. Tambahan pula selepas bersara
individu yang bekerja kerajaan dan kerja di bawah syarikat besar mempunyai
pelan pencen mahupun pelan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maka ini
menambahkan lagi keyakinan untuk bekerja di tempat-tempat yang dinyatakan tadi.

Di peringkat Institut Pengajian Tinggi
(IPT), telah diperluaskan lagi pendedahan dan kesedaram terhadap keusahawanan.
Pelajar ditawarkan subjek dan kursus keusahawanan supaya pelajar dapat
mengenali konsep dan teori asas keusahawanan. Untuk melahirkan seorang usahawan
perlu menyediakan kefahaman tentang pelbagai takrif-takrif keusahawan, sifat
keusahawanan serta pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang usahawan.
Selain itu, usahawan juga seseorang yang kreatif dan sentiasa berfikiran
terbuka dan diluar kotak untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa dan
sentiasa manfaatkan masanya.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
melancarkan dasar pembangunan keusahawanan Institut Pengajian Tinggi pada 13
April 2010 bertujuan bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan keusahawanan
yang lebih terancang dan holistik dalam kalangan Institut Pengajian Tinggi
(Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara 2011-2015, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia). Oleh itu, bidang keusahawanan perlu diceburi oleh para
pelajar di setiap institusi pengajian tinggi di Malaysia kerana telah mendapat
tempat di dalam sistem pendidikan negara.

Para majikan pada masa kini amnya
memerlukan pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran maka keterlibatan pelajar
di dalam aktiviti keusahawanan akan membolehkan mereka menguasai pelbagai
kemahiran. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin iaitu bekas Menteri Pengajian
Tinggi yang lalu telah mengumumkan yang dasar berkenaan mempunyai enam teras
strategik. Salah satunya adalah menubuhkan pusat keusahawanan di setiap IPT
untuk menilai, merancang, menyelaras dan memantau program serta aktiviti
pendidikan keusahawanan (Kementerian Pengajian Tinggi, 2010).

Di Institut Pengajian Tinggi, ilmu
keusahawanan perlu diterapkan khususnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris
secara berterusan agar mereka tidak lagi bergantung dan mengharapkan sepenuhnya
kepada kerja makan gaji apabila bergraduasi. Kenyataan ini disokong oleh Buang
(20080 yang menyatakan mentaliti seseorang pelajar akan bertukar apabila mereka
menceburi aktiviti keusahawanan membolehkan mereka bekerja sendiri daripada
bekerja makan gaji.

Aktiviti keusahawanan juga tidak hanya
di peringkat fakulti malah di kampus-kampus masing ada menglibatkan pelajar
bagi pendedahan kepada mereka dalam pelbagai kemahiran. Antara
kemahiran-kemahiran berikut khusus di dalam keusahawanan seperti tujuh
kebolehan untuk mengenal pasti peluang perniagaan dan kebolehan untuk merangka
perancangan perniagaan. Universiti Pendidikan Sultan Idris juga menganjurkan
pelbagai aktiviti keusahawanan adalah untuk mencambahkan minat terhadap budaya
keusahawanan selain untuk mencungkil bakat sedia ada yang wujud dalam diri
pelajar.

 

 

 

1.1       Latar
Belakang Masalah

Pada era kini, segelintir masyarakat masih lagi
was-was untuk menceburi bidang keusahawanan. Permasalahan ini terjadi kerana
bagi mereka bidang keusahawanan ini tidak memberikan jaminan masa hadapan yang
cerah. Menurut Yep (2004), mereka berpendapat bahawa masa hadapan lebih cerah
jika bergantung kepada pekerjaan makan gaji dalam sektor awam ataupun swasta.
Pendedahan terhadap kemahiran keusahawanan yang kurang sejak bangku sekolah
puncanya berlaku spekulasi seperti ini berlaku.Penghayatan yang kurang terhadap
konsep dan falsafah keusahawanan dalam individu itu disebabkan  penglibatan dari belia dalam bidang
keusahawanan yang tidak aktif.

            Bagaimanapun
tidak dinafikan bahawa institut-institut pengajian tinggi kini semakin sedar
akan kepentingan mendedah dan menerapkan kemahiran keusahawanan para pelajar.
Oleh itu,  pelbagai cara dan alternatif
yang dilakukan untuk mendedah dan menerapkan kemahiran keusahawanan kepada para
pelajar. Usaha ini secara tidak langsung dapat meningkatkan minat dan menarik
pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Malangnya masih ramai pelajar yang
tidak memahami konsep keusahawanan dan membuatkan mereka tidak berminat untuk
menceburi bidang keusahawanan (Safar,2000). Hal ini terjadi disebabkan bidang
keusahawanan kurang penglibatan para graduan kerana kemahiran keusahawanan
tidak cukup untuk membuatkan mereka yakin untuk berniaga.  Perkara seperti ini berlaku disebabkan
beberapa faktor utama seperti kemelesetan ekonomi, kos tetap yang tinggi dan
kekurangan modal (Rohaizat,2002).

            Seperti
yang di ketahui umum sistem pendidikan adalah satu platform yang dapat
menerapkan kemahiran keusahawanan yang penting. Usahawan bukan sesuatu yang
dapat diwarasi melalui faktor genetik seperti ibu atau bapanya adalah seorang
usahawan maka ciri-ciri usahawan itu telah ada dalam tubuh badan anak tersebut.
Faktor genetik bukan satu sumbang untuk mencipta usahawan baru tetapi adalah
didikan dari usia muda lagi, sokongan pendidikan dan keluarga.

            Usahawan
tidak boleh dilahirkan dengan sendirinya, ciri-ciri usahawan perlu dibentuk
dengan pelbagai kemahiran dan proses yang ada dalam pembangunan usahawan maka
terlahir akan seorang usahawan. Menurut Zakaria (2004), penting untuk seseorang
individu mempunyai minat dan kemahiran untuk menceburi sesuatu bidang.
Ciri-ciri keusahawan menjadi pandangan, pegangan dan perjuangan yang perlu
dihayati dan diamalkan untuk masa hadapan. Ciri-ciri usahawan yang dimaksudkan
adalah optimis, bermotivasi, bertanggungjawab, berkeupayaan mengorganisasi
idea-idea, bekerja kuat, berorientasikan pada keuntungan dan berkualiti.
Usahawan yang mempunyai matlamat yang jelas dan mengamalkan kesemua ciri-ciri
tersebut akan terus bersemangat  dan
bermotivasi.

            Menurut
Zainal et.al (2007), individu yang
ingin menceburi bidang keusahawanan perlu ada ciri-ciri yang penting iaitu:

i.                   
Fleksibel

ii.                 
Berkomitmen

iii.               
Mancari maklumat

iv.               
Inisiatif

v.                 
Mencari maklumat
balas

vi.               
Memastikan mutu
kerja yang tinggi

vii.             
Menyakinkan orang
lain

viii.           
Tegas

ix.               
Membuat
perancangan sistematik

x.                 
Melihat dan
merebut peluang

xi.               
Bermotivasi

xii.             
Kreatif dan
inovatif

xiii.           
Bertanggungjawab

xiv.           
Berdikari

xv.             
Berani
mengharungi cabaran

Oleh itu, kajian ini diperlukan untuk
mengkaji sejauh mana tahap penguasaan kemahiran keusahawan yang telah dikuasa
mahasiswa mahasiswi di institut pengajian tinggi dalam menceburi bidang
keusahawanan. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk melihat terdapat
perkaitan di antara kemahiran keusahawanan yang telah diterapkan dalam diri
mahasiswa mahasiswi dan kecenderungan pelajar menceburi bidang keusahawanan. Di
peringkat institut pengajian tinggi juga mereka tidak mengenal pasti bakat yang
terdapat dalam diri mereka. Kamahiran keusahawanan perlu diterapkan kepada
mahasiswa institut pengajian tinggi agar mereka dapat mengenal pasti bakat  keusahawanan yang ada dalam diri mereka dan
menjadi seorang usahawan.

1.2             Pernyataan Masalah