BAB Seksyen 11 dan Seksyen 16. Namun kajian

BAB
3 : METODOLOGI

3.1 Pengenalan

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

            Metodologi merupakan elemen yang
begitu penting dalam memperolehi data dan informasi yang tepat bagi mencapai
objektif kajian. Dalam bab ini akan menghuraikan mengenai kaedah bagaimana
kajian ini telah dijalankan dan juga pengkaji ingin tahu mengenai hubungan
antara keselesaan termal penduduk dan pembangunan terhadap suhu panas lembab.
Melalui bab ini, terdapat beberapa kandungan yang akan menumpukan kepada latar
belakang tempat kajian, reka bentuk kajian, persampelan, kaedah pengumpulan
data, kawasan kajian, instrument kajian, kaedah-kaedah dalam penganalisis data
dan kod etika. Menurut Othman (2001) menyatakan metodologi sebagai suatu
prosedur yang sistematik dalam menggabungkan pendekatan kajian serta analisis
data bagi memastikan prestasi penyelidikan dapat dicapai dengan sempurna.

 

3.2 Kawasan Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sekitar
kawasan Majlis Pebandaran Bandar Baru Bangi. Kawasan ini meliputi bandar Kajang
dan Bandar Baru Bangi (Rujuk Rajah 5)

Rajah
5. Lokasi Taman Perumahan Mengikut Kawasan

Sumber:
Google Map

3.2.2
Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi adalah merupakan
sebuah bandar yang terletak di mukim Kajang iaitu kira-kira 25km dari bahagian
tenggara Kuala Lumpur. Bandar Baru Bangi ini terletak di bawah kuasa
pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang atau nama singkatannya MPKj. Keluasan
kawasan Bandar Baru Bangi yang telah dibangukan adalah 2,925 hektar.
Pembangunannya dilaksankan secara berperingkat-peringkat bermula pada tahun
1977. Banadar Baru Bangi dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu antaranya Seksyen
1, Seksyen 2, Seksyen 3 dan Seksyen 4. Juga, terdapat empat tambahan iaitu
Seksyen 5, Seksyen 10, Seksyen 11 dan Seksyen 16. Namun kajian ini hanya mengambil
Seksyen 1 dan Seksyen 2 sebagai sampel kajian.

Pengkaji telah memilih kawasan utama
Bandar Baru Bangi dan mengambil kawasan seksyen 1 dan seksyen 2 sebagai tempat
menjalankan kajian berhubung dengan keselesaan termal dalam iklim panas lembab di
pembangunan Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat penduduk tempatan dan juga
penduduk antarabangsa di dua kawasan tersebut yang akan diambil sebagai
responden dalam kajian. Dalam usaha mendapatkan data pada peringkat permulaan,
pengkaji telah mendapatkan persetujuan dan kebenaran dari pihak pejabat Fakulti
Sains Sosial untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam kajian. Antara
maklumat yang akan diperolehi adalah seperti latar belakang Bandar Baru Bangi,
jumlah keseluruhan penduduk yang terdapat dalam kawasan Bandar Baru Bangi dan
jumlah keseluruhan penduduk mengikut kawasan seperti seksyen 1 dan seksyen 2.
Di samping itu, pengkaji juga mestilah meminta kebenaran untuk menemu bual
pihak atasan yang berkaitan dengan tajuk kajian ini di bahagian-bahagian yang
terlibat. Maklumat tambahan seperti bacaan suhu atau keselesaan termal individu
di kawasan seksyen 1 dan seksyen 2 diperolehi daripada kalangan penduduk.

 

3.3 Pengumpulan Data

Kaedah kajian yang dipilih haruslah
bersesuaian dengan persoalan kajian (Bogdan dan Biklen, 1998). Menurut Fraenkel
dan Wallen (1993) secara umumnya data bermaksud segala yang diperoleh oleh
pengkaji dalam kajian yang dijalankan. Juga, data membawa maksud angka,
kejadian atau fakta kaar yang diolah mengkiut keperluan bagi mendapatkan
maklumat daripada sampel.

Rajah
6: Elemen dalam Pemerolehan Data Primer

 

Dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakan dua jenis data iaitu kaedah pengumpulan data primer dan data
sekunder. Pertama, data primer (primary) sebagai data kuantitatif, iaitu
data-data yang di kumpul melalui kaedah borang soal selidik dan soalan temu
bual. Data primer juga diperolehi melalui kerja lapangan iaitu melalui pengukuran
suhu ke atas sampel yang dipilih di kawasan kajian. Ringkasan pemerolehan data primer
dapat dilihat pada Rajah 6. Borang soal selidik merupakan satu set soalan yang telah
dibentuk dan akan diedarkan kepada responden untuk dijawab. Borang soal selidik
tersebut mengandungi soalan butiran peribadi, pandangan dan persepsi responden
terhadap tahap keselesaan termal penduduk. Selain itu, borang soal selidik yang
diedarkan juga mengandungi soalan-soalan yang bertujuan untuk mendapatkan data
mengenai tahap keselesaan terma penduduk mengikut masa dan keberkesanan
keselesaan termal dan pembangunan
oleh pihak Perbandaran Bandar Baru Bangi.

Kajian ini telah menggunakan kaedah
pencerapan suhu di lapangan iaitu pengkaji telah melakukan pengukuran suhu di
dalam dan luar rumah responden. Kaedah pengukuran suhu telah mengambil sebanyak
20 buah rumah sebagai sampel daripada 60,000 populasi kajian. Sampel rumah
kediaman sebesar 5% daripada populasi telah dipilih secara rawak. Pengukuran
suhu dijalankan di rumah bangle, teres satu tingkat, teres dua tingkat,
apartmen dan pangsa. Stesen persampelan ini meliputi rumah-rumah yang terdapat
di Seksyen 1 dan 2 di Bandar Baru Bangi. Pengukuran suhu telah dijalankan untuk
menilai keselesaan terma di dalam rumah mengikut jenis rumah dan waktu yang
telah ditetapkan. Seterusnya, kaedah temu bual dengan menemu bual penduduk di
sekitar Bandar Baru Bangi. Sementara data kualitatif iaitu data-data yang
dikumpulkan melalui temubual dan pemerhatian juga sebagai data primer.

Manakala kedua, data sekunder
(secondary) sebagai semakan dokumen juga melalui kajian di perpustakaan atau
pusat sumber yang jelas melalui buku, kajian lepas, arkib dan sebagainya.

 

3.4 Reka bentuk kajian dan
Instrumen Kajian

Secara mulanya kajian ini adalah kajian
kuantitatif terbentu deskriptif bagi mengenalpasti dan mengkaji secara empirical
dan sistematik berkaitan tahap keselesaan termal dalam iklim panas lembab. Kajian
ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan termasuk
dalam kajian yang diklasifikasikan oleh Mohd Majid Konting (1998) merupakan
salah satu jenis kajian dalam penyelidikan deskriptif. Menurut Creswell (2005)
reka bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan
kualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjaun terhadap sampel atau
keseluruhan populasi.   

Rekabentuk kajian ini adalah sesuai
digunakan untuk menjelaskan tentang sesuatu kes yang terpencil, juga
menjelaskan sama ada data signifikan atau tidak signifikan dan menjelaskan
kemunculan data-data baru (Morse, 2003). Manakal Morgan (1998) pula telah menyatakan
bahawa reka bentuk ini sesuai digunakan untuk menjalan satu kajian kuantitatif
dan diikuti pula oleh kajian kualitatif. Seterusnya reka bentuk kajian ini
sesuai digunakan kerana pengkaji dapat menggunakan ciri-ciri responden daripada
dapatan kuantitatif yang akan dijalankan seterusnya (Creswell dan Clark,2007).

Oleh yang demikian, kajian ini sesuai
menggunakan Reka bntuk Penjelasan (Explanatory Design) berdasarkan sarana
Creswell dan Clark (2007), Morgan (1998) dan Morse (2003). Menurut Creswell dan
Clark, reka bentuk ini dijalakan melalui dua fasa iaitu melalui fasa pertama
dengan kajian kuantitatif dan kemudiannya disusuli dengan fasa kedua dengan
kajian kualitatif. Seterusnya, laporan penyelidikan dilakukan berdasarkan
dapatan kuantitatif diikuti dengan dapatan kualitatif seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 7 (Creswell dan Clark, 2007).

Rajah
7: Reka Bentuk Penjelasan (Explanatory Design)

Sumber : Creswell dan Clark (2007)

 

3.4.1 Soal selidik

Soal selidik adalah digunakan untuk
mendapatkan data dalam kajian kerana ia merupakan cara yang paling berkesan
untuk mendapatakan maklumat daripada responden yang ramai. Manakala, menurut
Mohd Sheffle (1995), soal selidik merupakan nadi bagi menjalankan pengkajian
kuantitatif kerana ia adalah penghubung di antara penkaji dengan responden. Soal
selidik noleh ditadbir dengan cepat, mudah dan meliputi kawasan yang luas di
samping mempunyai faedah yang tersendiri iaitu dari segi kos dan masa.

Oleh yang demikian, tidak hairan
penggunaan soal selidik ini merupakan salah satu kaedah yang paling popular
dalam kalangan pengkaji-penkaji kerana mudah ditadbir dengan baik (Mohamad
Najib, 1999).

                                                       
i.           
Prosedur menjalankan soal selidik

Borang soal selidik ini terbentuk tertutup
dan tebuka dan disediakan dalam tiga bahagian (Bahagian A, B dan C) yang
berkaitan maklumat Latar Belakang Peribadi, Latar Belakang Keluarga, Maklumat
di Sekitar Bandar Baru Bangu atau Persekitaran Luard an Tahap Keselesaan Terma
penduduk. Borang soal selidik ini mempunyai 18 soalan. Responden dikehendaki
menjawab semua soalan dengan teliti. Respoenden juga dikehendaki mengisi nama
di muka depan borang soal selidik  tersebut untuk memudahkan pengkaji menganalisi
butiran maklumat tersebut. Setiap jawapan yang mempunyai nama adalah sulit dan identiti
responden tidak akan didedahkan semasa soal selidik ini digunakan sebagai
lampiran dalam analisis tersebut.

 

Jadual 5 Ringkasan Borang Soal Selidik

Bahagian

Tema persoalan

Item borang
soalselidik

A

Maklumat am, latar belakang keluarga
dan sosioekonomi

·        
Jantina
·        
Status pelajar
·        
Tempoh menetap di BBB
·        
Pendapatan isirumah
·        
Bilangan isirumah
·        
Jenis kediaman
 

B

Persepsi Responden

·        
Sensasi terma
·        
Pergerakan udara
·        
Kelembapan bandingan
·        
Tahap keselesaan
·        
Penerimaan terhadap suhu
·        
Keinginan terma

C

Kesihatan dan Ruang Rumah

·        
Alahan
·        
Tahap kebersihan rumah
·        
Masalah kesihatan
·        
Kepadatan penduduk

 

3.4.2 Kaedah pengukuran
suhu

Alat pengukuran parameter keselesaan
terma ( thermal comfort multistation) ini dibekalkan oleh pihak Institut
Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (Rajah 8), di
mana perisian Adam View digunakan untuk merekodkan data parameter seperti suhu
ambien, suhu radian purata, tekanan udara, kebisingan, halaju angina kelembapan
bandingan, kepekatan gas karbon dioksida dan pencahayaan.

 

Rajah
8: Alat Pengukuran Parameter Cuaca

Sumber:
Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Stesen persampelan yang dipilih mewakili
lima jenis rumah yang berbeza daripada segi saiz, rekabentuk dan persekitaran.
Pengukuran suhu telah dilakukan di stesen-stesen terpilih selama beberapa
minggu pada bulan Januari 2018 hingga bulan Februari 2018. Pengukuran suhu
dilakukan menggunalan alat higrometer yang mencatakan bacaan jangka suhu bebuli
basah dan bebuli kering. Bacaan suhu dilakukan di ruang tamu. Manakala
pengukuran suhu di luar rumah pula dilakukan di kawasan yang teduh. Bacaan suhu
diambil selama empat hari berturut-turut iaitu pada jam 9.00 – 11.00 pagi,
12.00 – 1.00 tengah hari, 4.00 – 6.00 petang dan 8.00 – 10.00 malam bagi
mendapatkan purata bacaan suhu pada waktu-waktu tersebut. Suhu udara di luar
rumah turut direkodkan untuk membandingkan dengan bacaan suhu di dalam rumah.

Ia menunjukkan bahawa apabila suhu
digabungkan dengan kelembapan bandingan 100% tindak balas akan berlaku. Tindak
balas yang sama dirasai oleh orang yang diuji dengan gabungan suhu dan
kelembapan yang sedia ada. Untuk kajian ini, nilai suhu yang dikira adalah
dalam unit darjah Celcius (ºC). Batasan selesa untuk indeks ini ialah 18.9 ºC
hingga 24.5 ºC. Had ini pernah digunakan oleh beberapa orang penyelidik iaitu
Sham (1977) dan beberapa orang penyelidik lagi.  Untuk kajian ini, nilai suhu yang dikira
adalah dalam unit darjah Celcius (ºC). Batasan selesa untuk indeks ini ialah
18.9 ºC hingga 24.5 ºC. Had ini pernah digunakan oleh beberapa orang penyelidik
iaitu Sham (1977) dan beberapa orang penyelidik lagi.

 

3.4.3
Temu bual

Menurut Patton (1980), terdapat tiga jenis
teknik temubual iaitu formal, temubual tidak formal dan temubual terbuka.
Selain itu, terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual berstruktur, temubual
separa berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

  36

 

Oleh kerana
latarbelakang penduduk tidak sama, maka kaedah separa berstruktur digunakan
untuk mengumpulkan maklumat tentang persepsi keselesaan termal dalam iklim panas lembab di pembangunan Bandar Baru
Bangi. Temubual dengan penduduk merupakan data utama bagi penyelidikan ini. Seterusnya,
penyelidikan ini telah menemubual seramai sepuluh orang penduduk sebagai
responden kajian ini. Beberapa temu
bual dijalankan ini adalah untuk mendapatkan beberapa maklumat yang diperlukan
dan mendapat beberapa kepastian tentang kesan keselesaan
termal yang dialami oleh
penduduk apabila berada dalam iklim
panas lembab. Temu bual penting
bagi mendapatkan kepastian yang lebih lanjut mengenai keselesaan termal dalam iklim panas lembab di
pembangunan terhadap persepsi
penduduk di Bandar Baru Bangi. Dengan menggunakan kaedah ini, peluang yang lebih
terperinci kepada pengkaji untuk menerangkan tujuan kajian yang dijalankan.
Selain itu, pengkaji juga dapat menerangkan beberapa soalan yang sukar untuk
difahami oleh responden.

3.4.4
Melalui rujukan

Kaedah pengumpulan data
melalui rujukan merupakan data skunder yang dikumpul secara langsung daripada
sumber-sumber tertentu yang mempunyai kaitan dengan kajian yang dilakukan.
Merujuk kepada artikel-artikel yang berkaitan, jurnal, rujukan dan sebagainya
melalui buku-buku, keratin surat khabar dan seangkatannya, pengkaji akan lebih
mudah mendapat maklumat dalam mengkaji kajian yang dijalankan. Selain itu,
sumber-sumber ini dapat memberi sokongan kepada kajian yang dilakukan.      

 

3.5
Persampelan      

3.5.1 Populasi Kajian

Populasi dalam kajian
ini merupakan penduduk atau individu yang berkait rapat dengan kajian ini. Populasi
merujuk kepada satu kumpulan elemen atau kes, sama ada individu, objek atau
peristiwa yang menurut kriteria yang terperinci ataupun inidividu yang
keputusannya boleh dibuat sebagai kesimpulan umum yang dapat menarik perhatian
pengkaji dalam melakukan penyiasatan atau kajian. Pemilihan kepada populasi
yang diambil adalah melihatkan kepada Populasi penduduk
Selangor seramai 4,188,876 orang dengan keluasan 7960 kilometer persegi. Manakala, Bandar
Baru Bangi dapat menampung seramai 60,000 orang penduduk termasuk semua bangsa, status, jantina dan peringkat
umur. Responden yang berumur 20 tahun dan ke atas. Faktor ini adalah penting
bagi kajian untuk mendapatkan jawapan dan maklum balas melalui pemikiran yang
kreatif.

 

3.5.2
Sampel Kajian

Menurut Mohd. Majid Konting (2000),
persampelan merupakan satu proses mendapatkan sampel bagi mewakili populasi. Kaedah
persampelan telah mengambil seramai 50 orang sebagai sampel daripada 60,000
populasi kajian. Sampel kajian sebesar 10% daripada populasi telah dipilih secara
rawak mudah.

Persampelan adalah satu
proses memilih responden yang melibatkan pemilihan beberapa ciri yang berkaitan
dengan kajian daripada jumlah populasi. Persampelan dilakukan kerana populasi
pelajar di Bandar Baru Bangi adalah sampel saiz yang besar. Pemilihan responden
dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah persampelan kebarangkalian
(probability sampling), kaedah persampelan secara rawak dalam proses
mendapatkan data melalui pengedaran borang soal selidik.

 

3.6 Kaedah Penganalisaan
Data

Dalam menganalisaan
data yang didapati, pengunaan perisian computer Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) penting untuk mendapatkan data yang diperlukan supaya data
diterima dapat dianalisis dengan betul. Tujuan ini adalah untuk membolehkan
penyelidik mendapatkan keputusan bagi mengetahui masalah dan menyelesaikan
masalah pembolehubah yang diketengahkan. Berpandukan kepada objektif kajian
yang dijalankan, pengkaji dapat menerima hasil daripada data yang dibuat serta
mengikut kepada skop kajian yang telah ditetapkan.

3.6.1 Analisis kebolehpercayaan (Reliability
analysis)

            Analisis
kebolehpercayaan yang dilakukan adalah untuk menguji konsistensi dan kekuatan
bagi setiap data yang dikumpulkan. Suatu ukuran yang menggambarkan kesesuaian
kadar kebolehpercayaan bagi setiap objektif yang dikumpul supaya mempunyai
hubungan yang sistematik.

 

3.6.2
Regression

Penggunaan analisis regression dalam kajian ini adalah untuk
menguji pembolehubah yang mana paling mempengaruhi tahap keselesaan termal
dalam iklim panas lembab. Pembolehubah yang mempunyai nilai significant akan ditentukan untuk
melihat punca yang paling utama terhadap tahap keselesaan termal dalam iklim
panas lembab. Regression ini untuk menguji pembolehubah berdasarkan objektif.

 

3.7 Kod etika

Dalam kajian ini, kod etika ditekankan
oleh pengkaji terutamanya semasa menemu bual responden. Hal ini kerana
bertentangan mata dengan orang yang ditemu bual akan lebih hormat antara satu
sama lain. Selain itu, menjaga nada dan intonasi suara dan sopan tetapi tegas
kerana sesetengah orang yang ditemu bual akan berfikiran pengkaji tidak ambil
tahu dengan jawapan yang dikemukan.

Seterusnya, pentingkan penampilan dan
mengikut kod etika berpakaian untuk mempengaruhi fikiran orang yang ditemu bual
apabila responden membuat olahan. Pakai sesuatu yang menampakkan pengkaji
seorang yang bagus dan juga pastikan pengkaji menggilap kasut supaya lebih
kemas. Jangan membuat sebarang bunyi yang menganggu sesi menemu bual dan
elakkan membuat sebarang gurauan atau jenaka. Hal ini dapat memastikan pengkaji
dan responden dapat memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang di dengar dan
mudah untuk memahami soalan. Pengkaji akan lebih mudah mendapat informasi
berdasarkan soalan yang mereka edarkan. Setelah tamat sesi menemu bual
responden, pengkaji mestilah mengucapkan ribuan terima kasih kerana responden
sudi meluangkan masa, memberi kerjasama dan sudi berkongsi maklumat.

 

3.8 Kesimpulan

Secara keseluruhan bab ini telah
menjelaskan tentang kegunaan kaedah-kaedah di dalam kajian ini. Bagi mencapai
objektif kajian serta matlamat kajian, pengkaji perlu memastikan setiap
peringkat di dalam kajian dilakukan dengan tertib.

 

 

 

 

HASIL JANGKAAN

            Matlamat
utama kajian ini berkaitan dengan keselesaan termal untuk mewujudkan zon
selasesa atau julat suhu di mana sebahagian besar penduduknya berasa selesa
pada suhu tertentu. Dengan kajian ini, penduduk dapat mengenalpasti tahap
kepuasan terhadap keselesaan termal di kawasan kediaman mereka. Juga penduduk
dapat mengurangkan masalah seperti kesihatan, tumpuan pada kerja dan waktu
rehat yang terganggu, serta masalah dari segi fisiologi dan psikologi.

Akhir sekali, kajian ini menjangkakan
tahap keselesaan termal, zon keselesaan termal, tindak balas fizikal, kesan
ketidakselesaan termal dari segi fisiologi dan psikologi dapat dikenalpasti.
Selain itu juga, hasil dapatan kajian ini akan dapat menetukan tahap kualiti hidup
penduduk yang berada di iklim panas lembab ini di mana fokus kawasan Seksyen 1
dan Seksyen 2, Bandar Baru Bangi.