Kaedah mencapai keputusan cemerlang maka pelajar itu adalah

Kaedah
pengajaran yang mengutamakan kualiti pembelajaran mampu mencapai matlamat
pembelajaran abad ke-21.Lantaran itu guru perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran dalam menyampaikan isi pembelajaran kepada murid dipetik dari (Mohd Zin et al., 2012).Flipped Classroom Baker (2000) adalah  salah satu kaedah pembelajaran berpusatkan
pelajar yang telah dikenalpasti pada tahun 2000.Pendekatan flipped classroom pada asalnya,mula dilaksanakan di peringkat
universiti dalam bidang teknologi sebelum digunakan secara meluas di peringkat
sekolah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dipetik dari
(Rahman et al., 2015).Menurut Kim &
Hannafin (2011) strategi flipped
classroom membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Dalam
konteks ini,interaksi satu hala berubah kepada persekitaran pembelajaran konstruktivisme
yang berpusatkan pelajar.Pada waktu yang sama, para pelajar berupaya melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti pembinaan
pengetahuan, perbincangan kolaboratif dan penyelesaian masalah dimana guru
hanya berfungsi sebagai pemudahcara dan fasilitator.Pendekatan pengajaran
berpusatkan murid yang diterapkan melalui teknologi boleh melahirkan pelajar
yang cemerlang bukan sahaja dalam bilik darjah malah di luar juga.

 

Bertitik
tolak daripada kenyataan di atas, pendekatan pembelajaran flipped classroom sangat efektif bagi mengajar matapelajaran Sains serta
Kemahiran Proses Sains.Kemahiran Proses Sains amat penting bagi menarik motivasi
murid untuk mempelajari matapelajaran Sains (Pusat Perkembangan Kurikulum,
2003).Bagi memastikan kesepaduan ilmu dan kemahiran dalam kalangan
pelajar, kemahiran proses sains telah diperkenalkan dalam pendidikan Sains di
Malaysia pada tahun 1994.Kemahiran Proses Sains (KPS) meliputi kemahiran pemerhatian,
pengelasan, pengukuran dan penggunaan nombor, hubungan masa dan ruang, membuat
inferens, meramal, berkomunikasi, mentafsir data, mendefinasi secara operasi,
mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengekperimen.Kemahiran proses sains merupakan
kemahiran intelek yang digunakan untuk merancang dan menjalankan penyiasatan Sains.Selari
dengan itu, Kemahiran Proses Sains (KPS) merupakan kaedah memperolehi kefahaman
tentang sesuatu fenomena, maka ia boleh diaplikasikan dalam situasi sebenar
kehidupan harian. Apabila murid dapat menguasai KPS, maka mereka akan berminat
dan bermotivasi mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam di
sekeliling mereka dan membentuk idea dan membina konsep sendiri.

 

Motivasi adalah
kemahuan dalam diri seseorang untuk meningkatkan usaha bagi mencapai
matlamatnya.Menurut Mohd Zaaba dan Zuraida (2004),motivasi adalah keinginan
yang ada pada seseorang murid dalam usaha untuk mencapai matlamat
akademik.Menurut kajian ,jika seseorang pelajar terdorong untuk belajar dengan
tekun bagi mencapai keputusan cemerlang maka pelajar itu adalah pelajar
bermotivasi.Murid yang bermotivasi akan bersemangat untuk mengikuti pengajaran
oleh guru dan memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran. Hal ini akan
mecetuskan peningkatkan daya pemahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran.
Murid yang bermotivasi akan lebih memahami pengajaran guru kerana mereka
memberikan sepenuh perhatian sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku.Pada hakikatnya, murid-murid yang bermotivasi akan meningkatkan usaha
mereka untuk menambah pengetahuan sedia ada tanpa bergantung pada pengajaran
guru sahaja.

 

1.2 Latar Belakang
Kajian

 

Flipped classroom atau flipped teaching diperkenalkan
di Amerika Syarikat, pertama kali oleh Prof. Eric Mazur dari Harvard.Beliau
berpendapat bahawa komputer dapat membantunya dalam pengajaranya.Menurut Amy
Roehl dan Shweta Linga (2013) dalam jurnal The Flipped Classroom: An
Opportunity To Engage Millennial Students Through Active Learning Strategies mengatakan
bahawa ini adalah untuk memperkenalkan beberapa strategi yang baru kepada guru
dan murid.Strategi baru ini sangat penting dalam dunia pendidikan yang akan
mewujudkan pembelajaran yang efektif. Strategi pembelajaran flipped
classroom yang aktif menggunakan teknologi, akan mengembangkan Kemahiran
Proses Sains (KPS).

 

Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang
diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan
secara bersistem (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999).Kemahiran
Proses Sains penting untuk membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa
berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai.Hal
ini bermakna, murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan
pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan juga data
serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.Di samping itu, matlamat kurikulum Sains sekolah rendah adalah untuk melengkapkan
murid dengan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik serta sikap saintifik
dan nilai murni.Penerapan ketiga-tiga komponen ini tidak dijalankan secara
berasingan tetapi ianya haruslah dijalankan secara beriringan. Pengoperasian
kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran (pdpc) merupakan satu
pendekatan pedagogi dalam menimbulkan minat dan keseronokan murid untuk
terlibat secara aktif dalam proses pdpc.

 

Dalam masa yang sama, motivasi
yang tinggi juga dapat menghasilkan perubahan sikap daripada sikap negatif kepada
sikap yang positif.Peribadi yang positif dapat membantu dan mendorong
murid-murid untuk membuang sikap negatif mereka ke arah usaha mencapai
kejayaan.Perasaan ingin tahu boleh timbulkan melalui motivasi.Antara aktiviti
pembelajaran yang boleh memotivasikan murid ialah memastikan penglibatan aktif
dalam semua aktiviti pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik
darjah. Penglibatan ini akan melahirkan perasaan ingin tahu yang merupakan
naluri semulajadi kanak-kanak.