Malaysia diri masyarakat untuk membebaskan negara daripada terus

Malaysia terkenal
dengan kepelbagaian masyarakat berbilang kaum atau lebih dikenali dengan masyarakat
majmuk yang terdiri pelbagai  kaum hidup
dalam sebuah negara secara aman dan harmoni. Keharmonian masyarakat majmuk
di  Malaysia dapat dibuktikan dengan
pelbagai peristiwa  serta pengalaman yang
telah berlaku dalam kalangan masyarakat. Terdapat pelbagai peristiwa yang
menunjukan bahawa masyarakat majmuk di Malaysia menjalani kesepaduan dalam
kehidupan . Pertama, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) yang bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk di Malaysia berasaskan Perlembagaan Persekutuan , Rukun Negara dan
Gagasan 1 Malaysia. Melalui penubuhan ini, JPNIN dapat merangka pelbagai
aktiviti dan program untuk masyarakat bagi memelihara, mengekal dan
meningkatkan perhubungan  kaum ke arah perpaduan nasional (Nasional) .

Kedua, amalan rumah
terbuka yang diadakan pada setiap musim perayaan yang disambut oleh kaum
majoriti di Malaysia seperti Kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Menerusi
sambutan rumah terbuka,  masyarakat dari
pelbagai etnik dapat menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan bagi bersama
– sama meraikan perayaan tanpa mengira kepelbagaian bangsa atau etnik.
Contohnya , majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan di Gambang ,
Kuantan, Pahang. Sambutan rumah terbuka perayaan yang diadakan adalah bertujuan
untuk meraikan perayaan bagi kaum Cina dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat  setempat di Gambang (JPNIN J. P.,
2016).
Sambutan rumah terbuka Deepavali juga turut diadakan di Pulau Pinang bagi
meraikan perayaan yang disambut oleh kaum India dan memberi pendedahan kepada
umum tentang perayaan tradisi masyarakat India 
serta mempamerkan makanan dan pakaian yang melambangkan masyarakat India
(JPNIN, 2016) .

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Ketiga, hubungan
kejiranan yang terbentuk dalam kalangan masyarakat di Malaysia misalnya melalui
aktiviti gotong royong membersihkan  kawasan persekitaran penempatan, majlis
perkahwinan, aktiviti keagamaan, aktiviti sukaneka, hari keluarga  dan pelbagai aktiviti lain. Program – program
yang dijalankan ini dapat memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam
kalangan masyarakat kerana setiap ahli masyarakat akan melakukan sesuatu
aktiviti secara  bersungguh – sungguh
bagi mencapai matlamat dan objektif program yang dijalankan. Secara tidak
langsung, melalui program yang dijalankan ,masyarakat akan menghormati antara
satu sama lain dan memikul tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup  saling bergantung dalam sesuatu  komuniti (Samsurijan, Ishak, Hussain,
& Awang, 2011).

Keempat, sambutan
Hari Kemerdekaan yang diadakan pada setiap tahun bermula pada 31 Ogos 1957
sehingga kini merupakan bukti bahawasanya perpaduan dan semangat kerjasama yang
terdapat dalam diri masyarakat untuk membebaskan negara daripada terus dijajah
oleh kuasa asing. Hal demikian adalah, perpaduan yang terjalin dalam masyarakat
pada tahun 1950-an  berjaya membebaskan
negara daripada terus dijajah oleh kuasa Barat yang telah mengeksploitasi
sumber kekayaan negara suatu masa dahulu. Jika tiada perpaduan dan semangat
kerjasama antara wakil – wakil kaum di Malaysia dalam membuat rundingan, kemungkinan
sehingga kini negara masih terus dijajah oleh kuasa asing. Di samping itu,
sambutan Hari Kemerdekaan turut disambut bagi memperingati jasa serta
pengorbanan semua pemimpin negara dan pasukan pertahanan negara yang terlibat telah
bersusah payah membebaskan negara daripada penjajah  dan mempertahankan negara daripada ancaman
musuh serta mengekalkan kedaulatan Malaysia.

Kelima, aktiviti
sukan yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia merupakan
salah satu pengalaman  perpaduan yang wujud
dalam kalangan masyarakat  Malaysia.
Melalui aktiviti sukan, masyarakat bermula dari generasi muda misalnya remaja
akan menyertai sukan dan berusaha untuk mencapai kemenangan sehingga ke
peringat antarabangsa . Contohnya dalam Sukan Sea ke – 29 yang diadakan di
Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2017, membuktikan bahawa setiap ahli masyarakat
terutamanya atlet yang mewakili negara telah bersatu padu dan berusaha
bersungguh – sungguh untuk mencapai kemenangan dan telah  menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
memenangi juara keseluruhan bagi Sukan Sea   ke – 29
tahun 2017. Selain itu, terdapat sebilangan besar ahli masyarakat yang turut hadir
semasa acara Sukan Sea diadakan  di
seluruh negara bagi memberi sokongan kepada atlet – atlet yang mewakili negara sekaligus
 telah melonjakkan semangat para atlet
negara untuk meraih kemenangan bagi mengharumkan nama negara.

Keenam, setiap individu
yang tinggal di Malaysia, mempunyai kebebasan beragama . Walaupun hidup dalam
negara yang mempunyai perbezaan pegangan agama , masyarakat di Malaysia saling
hormat – menghormati setiap agama yang terdapat dalam negara yang menjadi
pegangan penganutnya. Misalnya, bagi agama Islam, laungan azan untuk menanda
telah waktu solat dibenarkan dilaungkan dan tidak dihalang oleh mana – mana
agama. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat majmuk di malaysia saling hormat –
menghormati dan bertoleransi  antara satu
sama lain.

Kesimpulannya,
peristiwa dan pengalaman perpaduan yang berlaku dalam kalangan masyarakat di
Malaysia membuktikan bahawa interaksi dan perpaduan dalam masyarakat boleh
dicapai jika nilai hormat – menghormati dan nilai bekerjasama diamalkan dalam
kehidupan seharian masyarakat .